Janji Pakatan Rakyat Royalti minyak Petronas

Pada April 2008, dalam satu ucapan di Kampung Baru, Kuala Lumpur Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji kepada rakyat Sabah dan Sarawak bahawa jika Pakatan Rakyat berkuasa, royalti minyak kepada negeri-negeri tersebut akan dinaikkan kepada 15 %. Janji ini dibuat agar ahli parlimen Barisan Nasional dari Malaysia Timur dapat menerima PR atau Pakatan Rakyat dan pada masa yang sama dapat membangunkan Sabah dan Sarawak kerana menuduh kerajaan BN sebelum ini gagal dalam membangunkan kedua-dua negeri tersebut. Bagaimanapun Perkara 11: Cukai dan kewangan menyatakan bahawa kerajaan negerilah yang berkuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan, dan cukai sendiri, dan bukannya kerajaan pusat.

Perjanjian 20 Perkara Sabah turut menyentuh tentang royalti minyak kepada negeri tersebut.